Wednesday, May 12, 2010

Kriteria Pemilihan Puteri Bongsu Cemerlang

Harap enjoy this. Sangat berharga!

Kriteria Pemilihan Puteri BONGSU CEMERLANG

Bil Bidang Dinilai Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Diperolehi
1 Dokumentasi 1.1 Buku Log/ Buku Skrap
I. Pengisian 6
II. Kreativiti 5
III.Keunikan 5
Jumlah
16
2 Kepimpinan 2.1 Jawatan Dalam PPIM
I. Ketua Puteri
Setiausaha/ Bendahari
Ahli Jawatankuasa
6
II. Ketua Pasukan
Ketua Kumpulan
Ketua Perbarisan
6
Jumlah
12
3 Ketokohan & Kewibawaan 3.1 Penghuluwati/ Ketua dalam kursus/seminar/ Perkhemahan 5
3.2 Penyelaras Projek/ tugasan 5
Jumlah
10
4 Penampilan Diri 4.1 Pengurusan Diri 2
4.2 Pengurusan Masa 2
4.3 Kekemasan Berpakaian 2
4.4 Adab Berkomunikasi 2
4.5 Adab Pergaulan 2
Jumlah
10
5 Sahsiah 5.1 Akhlak terpuji 6
5.2 Penghayatan dan pergaulan nilai-nilai murni 6
Jumlah
12
6 Penglibatan dalam PPIM 6.1 Peringkat Sekolah 3
6.2 Peringkat Daerah 3
6.3 Peringkat Zon/ Bahagian
6.4 Peringkat Negeri 3
6.5 Peringkat Kebangsaan 3
6.6 Peringkat Antarabangsa 3
Jumlah
15
7 Pencapaian Istimewa (25 markah) 7.1 Penerimaan Anugerah dan Penghargaan di dalam Pelbagai bidang/ kemahiran/ aktiviti yang
dianjurkan oleh PPIM atau badan-badan lain.
Contohnya:-
a) Puteri Harapan Peringkat Daerah 5
b) Puteri Harapan Peringkat Negeri 7
c) Puteri Harapan Peringkat Kebangsaan 10
d) Peserta terbaik Perkhemahan
e) Pelajar Mithali 3 markah
bagi salah satu
f) Pelajar Akademik Terbaik
g) Lain-lain
Jumlah 25
JUMLAH PENUH
100

IKRAR PUTERI

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan :

· Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa.

· Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak.

· Membangunkan diri dengan sempurna.

· Mengukuhkan silaturrahim.

Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Bendera PPiM

  • Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

  • Penggunaan
- Setiap upacara rasmi
- Tatacara Perjumpaan

  • Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

Bendera Negeri
Bendera Malaysia
Bendera PPIM

Pengertian Logo dan Warnanya

PENGERTIAN LOGO

  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

  • Di bawah logo ini tertulis perkataan :-

“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri

“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin



PENGERTIAN WARNA

  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan


  • Hijau : Agama

  • Taqwa sebagai TERAS

  • Putih : Kesucian

  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

♫ Lagu PPiM ♪

Jom menyanyi bersama-sama!

..Pergerakan Puteri Islam Malaysia..

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangan Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira

Matlamat PPiM

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :
  • Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

  • Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.

  • Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

  • Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

  • Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

  • Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

Objektif PPiM

Objektif-objektif yang dibawah adalah lebih daripada peringkat sekolah. Harap maklum.


Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:-



Objektif di Peringkat Sekolah



Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-


1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang

* Taat kepada Allah, Raja dan Negara

* Berilmu

* Berakhlak mulia

* Berbakti kepada masyarakat


1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.



Objektif di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta)



Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan, disamping memperkukuhkan segala apa yang termaktub di dalam 4.1 di atas adalah juga untuk:-

2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:

* Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.

* Menguasai berbagai bidang ilmu.

* Berakhlak mulia.

* Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.


2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.

2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara.

2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.

2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.



Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri)



3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu mereka melalui daya usaha sendiri, untuk mengembangkan kemampuan supaya dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dengan cara ini, puteri berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.

3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dan sosioekonomi dengan keadaan persekitaran

3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien atau masalah yang dihadapi oleh klien supaya memahami keperluan klien dan seterusnya memberi bantuan.

3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkan puteri berfikiran secara rasional.

3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang maksima agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang munasabah.

3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahap yang paling optima.

3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antara ahli-ahli Skuad dengan masyarakat atau kelompok klien yang siknifikan, untuk menyelami dan mengenalpasti keperluan kedua-dua belah pihak.

3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yang ditangani bersama untuk warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.

Visi dan Misi

Visi dan Misi

VISI PPIM



Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :


* Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.


* Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.


* Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.



MISI PPIM


* Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.


* Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.


* Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Apa itu PPiM?

Okay, mungkin ramai dari kalangan kawan-kawan tahu apa maksud PPiM itu sebenar. PPiM itu bermaksud Pergerakan Puteri Islam Malaysia, PPiM itu singkatannya. Dan ia adalah satu daripada beberapa lagi Pasukan Pakaian Seragam. Atau kawan-kawan tidak tahu PPiM itu adalah sebuah Pasukan Pakaian Seragam? :) Tapi, itu bukan soalannya. Bukan: 'Maksud PPiM?' , tetapi: 'Apa itu PPiM?'

Kawan-kawan boleh copy dibawah dan print. Ini adalah LATAR BELAKANG PPiM.

LATAR BELAKANG PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T


Dan ini pula SEJARAH PPiM.

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.
Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.


Harap kawan-kawan boleh dapat tahu serba sedikit tentang PPiM. Ini juga boleh diletakkan didalam buku skrap atau lebih dikenali sebagai buku log PPiM. Sekian, terima kasih!